Wanita Pertama Amerika Syarikat
Wanita Pertama Amerika Syarikat

Wanita Pertama Amerika Syarikat

Wanita Pertama Amerika Syarikat (kadang kala disingkatkan namanya sebagai FLOTUS, (Bahasa Inggeris: First Lady of the Unied States)[1] ialah isteri kepada Presiden Amerika Syarikat. Jika Presiden tidak berkahwin atau isteri beliau tidak dapat menjalankan tugas, kedudukan diisi oleh saudara perempuan atau rakan presiden, seperti Martha Jefferson Randolph semasa Presiden Thomas Jefferson, Emily Donelson dan Sarah Yorke Jackson semasa Presiden Andrew Jackson, Mary Elizabeth (Taylor) Bliss semasa Presiden Zachary Taylor, Mary Harrison McKee semasa Presiden Benjamin Harrison, selepas kematian ibunya, Harriet Lane semasa Presiden James Buchanan, dan Rose Cleveland sebelum perkahwinan Presiden Grover Cleveland. Wanita Pertama kini ialah Melania Trump, isteri Presiden Donald Trump.

Wanita Pertama Amerika Syarikat

Pembentukan 30 April 1789 (1789-04-30) (230 tahun yang lalu)
Tempoh 4 tahun
Pemegang sulung Martha Washington
Kediaman Rumah Putih